Filed under: by: SANELAWA @ SANTE VENSAID


EPILOG SEBUAH DUKA

Ketika Ku Celikkan Mata
Aku Tak kenal siapa
Tidak juga kedua ibubapaku.

Aku tak tahu dimana berada
Tidak juga dirumah atau dimana?
Aku belum bisa berbicara
Tidak juga ku sebut nama papa dan mama
Segala-galanya
Aku bayi belaka…...

Ketika di sentap tali-pusatku
Aku tidak rasa sakitnya
Tetapi……setelah azan bergema, perlahan,
sayup mendayu dan memilu
Hati kecil ini menjadi sayu
Aku menangis
Bukan kerana aku sakit
Menangis!!!
Bukan kerana aku lapar atau dahaga
Akan tetapi aku menangis tanda gembira
Kerana tuhan menghadiahkan satu nyawa untuk dipinjamkan
Dan aku tahu berapa lamanya….

Seru sekelian alam
Setelah ku cerna kehidupan ini
Setelah sekian lama ku hirup udara
Yang tak pernah ku lihat ini
Aku…aku…jadi batu
Aku dihembat perasaan keliru
Mengapa kita hidup di dalam
Bebola dunia ini
Dengki mendengki
Khianat menghianati
Membenci
Bunuh membunuh
Di bunuh!!
Berpecah…berbelah
GILA!!

Cuba tanya, adakah bebola dunia ini
Sudah sempit?
atau
ataukah ia akan mengecil?
Dan akan lebih kerdil?
Tidak ….
Yang sempit, yang terhimpit
Adalah ideologi kita, fikiran kita,
Kenafsuan kita, kita tamak, kita halubah, kita ego….
Ingat, kawan kita, adalah musuh kita
Musuh kita adalah kawan kita
Kita, kita dan kita……..

Mengapa kita boleh menjinakan harimau dalam kandang?
Mengapa kita memelihara buaya dalam kolam?
Mengapa, kenapa, kita bermaian dengan ular yang berbisa
Diatas pentas!
Kenapa binatang buas, garang boleh dijnakkan
Kenapa…kenapa, kita tidak jinakkan
“Usama dan Saddam”
Ohhh ..
Kenapa kita..harus berperang….
Kenapa !!
Hanya untuk mencari satu kemenangan
Yang akhirnya darah yang mengalir ke bumi tidak ada tanda nama……




0 comments: