Sandakan....di pagi harimu
Ku melihat dengan kaca mata
Cahaya-cahaya remang
Menyelinap ke dahan-dahan
Sambil angin pagi mendendangkan suara
Yang berbisik indahnya telukmu
Sandakan....kau tanah ibuku
Yang lahir di kepulauan Borneo
Meskipun kau layu tergadai.........
Namun telukmu
Masih lagi gah berdiri teguh
Sandakan....kau kota rimba
Kaya dihimpit khazanah
Flora menghijau
Fauna merayau-rayau
Menagih kasih ditelukmu......
Sandakan.........
Kau mengamit beburung pulang petang
Yang siul mulutnya
Tajam-tajam membisiki hati
Dan menyatakan terima kasih
Atas rimbunan rezeki....
Dari bumi bertuah ini.
Sanelawa 2009.
Tengok rakan Bahasa kita, Venn1799 tengah baca sajak Hari Mahu.....perang, si Haji pula sibuk dengan senarai nama pendeklamasi....
siapa dibelakang yang memantau tu....pastinya orang kuat DBP, Tuan Zubaidi Abas..
Pelah-pelan isi duit ke tabung Gaza tu....
'
Ini wajah-wajah yang bergabung untuk menjayakan program kembara puisi DBP..
oi na...si Tangkoyong....kibar bendera Palastin, si Bob pula teriak-teriak minta isi derma....ha ha ha
Terima kasih...warga Sandakan...isi lagi tabung kami ini...
Nak tahu....siapa dua ahli Bahasa ini?
EPILOG SEBUAH DUKA
Ketika Ku Celikkan Mata
Aku Tak kenal siapa
Tidak juga kedua ibubapaku.
Tidak juga dirumah atau dimana?
Aku belum bisa berbicara
Tidak juga ku sebut nama papa dan mama
Segala-galanya
Aku bayi belaka…...
Aku tidak rasa sakitnya
Tetapi……setelah azan bergema, perlahan,
sayup mendayu dan memilu
Hati kecil ini menjadi sayu
Aku menangis
Bukan kerana aku sakit
Menangis!!!
Bukan kerana aku lapar atau dahaga
Akan tetapi aku menangis tanda gembira
Kerana tuhan menghadiahkan satu nyawa untuk dipinjamkan
Dan aku tahu berapa lamanya….
Setelah ku cerna kehidupan ini
Setelah sekian lama ku hirup udara
Yang tak pernah ku lihat ini
Aku…aku…jadi batu
Aku dihembat perasaan keliru
Mengapa kita hidup di dalam
Bebola dunia ini
Dengki mendengki
Khianat menghianati
Membenci
Bunuh membunuh
Di bunuh!!
Berpecah…berbelah
GILA!!
Sudah sempit?
atau
ataukah ia akan mengecil?
Dan akan lebih kerdil?
Tidak ….
Yang sempit, yang terhimpit
Adalah ideologi kita, fikiran kita,
Kenafsuan kita, kita tamak, kita halubah, kita ego….
Ingat, kawan kita, adalah musuh kita
Musuh kita adalah kawan kita
Kita, kita dan kita……..
Mengapa kita memelihara buaya dalam kolam?
Mengapa, kenapa, kita bermaian dengan ular yang berbisa
Diatas pentas!
Kenapa binatang buas, garang boleh dijnakkan
Kenapa…kenapa, kita tidak jinakkan
“Usama dan Saddam”
Ohhh ..
Kenapa kita..harus berperang….
Kenapa !!
Hanya untuk mencari satu kemenangan
Yang akhirnya darah yang mengalir ke bumi tidak ada tanda nama……
GAZA MENANGIS
Bila ku belek surat khabar
Terpampang mayat bergelimpangan
Bila ku buka mata kaca
Sinaran cahaya berkilau menerangi Gaza
Tak kira siang atau malam
Gaza terus di bedil dan di panah
Senjata tidak kenal usia....
Tubuh yang tidak berdosa menanggung sengsara
Nyawa yang tidak berdosa disaluti darah....
Bila baca kandungan ceritanya...
Sungguh kerdil bangsa Palestin
Tidak berkuasa dan tidak boleh bermanja
Tidak bermaya tetapi gah bercerita...
Coretan Gaza bertukar adegan drama bersiri
Ala cerita perang yang bertajuk memerangi penganas!
Penuh dramatik.....
Bila pandang lagi coretan GAZA MENANGIS
Jiwa ku punah bak di panah petir
Lulur jiwa ku meratap tangisan si anak kecil
Yang tidak berbapa....tidak beribu......
Air mata tak berdosa mengisi diari hidup bangsanya....
Itulah Gaza menangis terus menangis
Suara sayu bertukar nyaring
Yang meminta simpati..
Yang menada tangan....
Yang merayu.....meratap....merangka dan berlari...
Kerana meminta balas simpati.
Adakah kepada Isreal yang buas!!
Atau sekutunya AMERIKA SYARIKAT....
Ohh tidak....sama sekali tidak....
Kamu akan binasa dan terus dibinasakan
Sama seperti coretan sedekad lalu....
Genjatan senjata hanyalah helah....
Rundingan bersama hanyalah melambatkan masa...
Semua hanya adegan semata-mata
Kerana ada tersirat disebaliknya........
Yang pasti hanya bangsa mu boleh menjinakknya.....