SAJAK

Filed under: by: SANELAWA @ SANTE VENSAID

GAZA MENANGIS

Bila ku belek surat khabar
Terpampang mayat bergelimpangan
Bila ku buka mata kaca
Sinaran cahaya berkilau menerangi Gaza
Tak kira siang atau malam
Gaza terus di bedil dan di panah
Senjata tidak kenal usia....
Tubuh yang tidak berdosa menanggung sengsara
Nyawa yang tidak berdosa disaluti darah....

Bila baca kandungan ceritanya...
Sungguh kerdil bangsa Palestin
Tidak berkuasa dan tidak boleh bermanja
Tidak bermaya tetapi gah bercerita...
Coretan Gaza bertukar adegan drama bersiri
Ala cerita perang yang bertajuk memerangi penganas!
Penuh dramatik.....

Bila pandang lagi coretan GAZA MENANGIS
Jiwa ku punah bak di panah petir
Lulur jiwa ku meratap tangisan si anak kecil
Yang tidak berbapa....tidak beribu......
Air mata tak berdosa mengisi diari hidup bangsanya....

Itulah Gaza menangis terus menangis
Suara sayu bertukar nyaring
Yang meminta simpati..
Yang menada tangan....
Yang merayu.....meratap....merangka dan berlari...
Kerana meminta balas simpati.

Kepada siapa bangsa mu memohon kasih
Adakah kepada Isreal yang buas!!
Atau sekutunya AMERIKA SYARIKAT....
Ohh tidak....sama sekali tidak....
Kamu akan binasa dan terus dibinasakan
Sama seperti coretan sedekad lalu....
Genjatan senjata hanyalah helah....
Rundingan bersama hanyalah melambatkan masa...
Semua hanya adegan semata-mata
Kerana ada tersirat disebaliknya........
Yang pasti hanya bangsa mu boleh menjinakknya.....


0 comments: